Kata Kata Motivasi - Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam
Kata Kata Motivasi - Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera
Tanda Allah Swt Bergurau Dengan Hambanya
Alhamdulillah tahun ini, tahun yang sentiasa alet jaga mindset, kata kata motivasi dari kelilingi orang orang yang baik baik.Walau pun tak putus putus di uji dengan ujian Allah swt, setiap kali ujian alet terus pikir ,ujian bersama rahmat Allah tanda Allah sayang dan tanda Allah nak bergurau dengan kita.
GAMBAR SEKADAR HIASAN |
Sentiasa berfikiran baik dan wajib kita jaga mindset kita , setiap hujan ada pelangi nya.Kadang kadang apa yang kita pikir Allah uji kita susah nak terima,ada hamba Allah ini di uji dan ujian dia lagi berat dari kita, senang je nak tahu kita ni sentiasa bersyukur ke tak.
Ambil kertas tulis apa nikmat yang Allah kasi selama ini yang Allah pinjamkan nikmat selama ini dan ujian apa yang Allah uji kita. Di situ kita boleh buat perbandingan dan di situ kita bersyukur, sebenarnya sikit saja Allah uji.
Redha dengan hati yang terbuka salah satu kunci untuk hati tenang dan Allah angkat rasa kerisauwan kebimbangan yang ada dalam hati kita. benci sedih dendam kasih semua itu makluk Allah (ciptaan allah)
Tidak perlu kita minta raih dan simpati dari manusia, malah kita perlu minta raih simpati dari Allah, dengan minta RAHMAT Allah, Allah tidak perlu kan kita , malah kita yang perlu kan Allah swt.
Selama ini alet tidak yakin pada DOA bila alet di kelilingi orang orang soleh yang banyak ajar alet tentang bersyukur dan terima dengan hati yang terbuka membuat kan alet rasa lebih tenang dan bersyukur malah yakin dengan DOA.
7 TIPS UNTUK HATI TENANG DAN DI PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
1- Perbanyakan doa untuk orang sekeliling
2- Sentiasa niat bersedekah
3-Maaf dan memaafkan
4-Sentiasa istigfar @ boleh amalkan sayyidul istigfar 100x
5-Solat sunnat taubat dan solat sunnat tasbih
6-Buat sesuatu yang boleh mengembirakan orang
7-Jaga siraturahim ibu bapa dan orang sekeliling
Buat sesuatu amalan yang luar biasa yang kita sendiri tidak pernah buat , contoh cara nak menjemput rezeki amal kan setiap khamis malam jumaat surah AL-WAQIAH 41x, dengan hajat yang tinggi juga boleh amalkan SOLAT SUNNAT HAJAT 6salam, zikir ALLAH YA WAHAB (maha kurnia) 10,000x, dan macam-macam lagi.
Alet pernah dengar ustaz wadi ceramah, orang arab berzikir setiap hari 30 ribu, so kita yang selalu buat zikir sikit ini rasa sangat kedil dan malu, terlalu banyak kita minta pada Allah tapi dengan amalan yang sedikit ini, tidak setanding dengan pemintaan.
DOA USTAZAH ASMAH HARUN |
Ada satu doa yang ustazah asmah harun share tips untuk permudahkan segala urusan baca la setiap hari dan sewaktu kita solat dalam sujud terakhir , salah satu doa yang mustajab adalah dalam solat, tidak kisah la ketika kita nak doa dalam keadaan kita rukuk ke, sujud ke, boleh amalkan.
6 TIPS REZEKI MELIMPAH RUAH
1-SOLAT TAHAJUD
2-YASSIN (selepas subuh)
3-DHUHA
4-AL-WAQIAH (selepas asar)
5-AYAT 1000 DINAR
6-DOA (ibu bapa)
Akhir sekali tidak pernah ada yang kebetulan di dunia ini, semua yang datang adalah takdir Allah swt,yang baik melatih kita bersyukur , yang buruk mengajar kita kesabaran.
Bahagia itu bukan saat segala keinginan kita terwujud,tapi saat kita mengerti, semua kehendak Allah adalah yang terbaik.
Ya Allah aku berharap dengan rahmat mu bantu lah rezeki si pembaca ini, rezeki yang tidak di sangka-sangka, rezeki yang berkat ,rezeki dengan rahmat mu kepada kami semua dan rezeki team kami dalam shaklee. Niat nak bantu suami , family dan ummah.
Tiada tempat lain selain meminta kecuali engkau Ya Allah.
Sekian .terima kasih sudi membaca semoga bermanfaat buat semua pembaca.
TIKTOK : aletismail
INSTAGRAM : ALETISMAIL
FACEBOOK : aletismail
YOUTUBE : aletismail
Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsikan di laman ini bukan bertujuan untuk merawat , mencegah , mendiagnose atau menyembuh apa jua penyakit , pembaca yang mengalami masalah kesihatan disarankan mendapat nasihat dari doctor atau mana mana pakar kesihatan yang diiktiraf.
Comments
Post a Comment